Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Curi lembu dan sumbat dalam kereta, 2 lelaki disyaki penagih dadah diberkas

Dua lelaki dipercayai penagih dadah diberkas ketika cuba mencuri dan melarikan seekor lembu dengan menyumbatnya di dalam sebuah kereta dalam kejadian di ladang kelapa sawit Kampung Machang, Panching, Kuantan hari ini (20 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Curi lembu dan sumbat dalam kereta, 2 lelaki disyaki penagih dadah diberkas

Gambar: CHARLES OSGOOD/AP

Diterbitkan : 20 Apr 2018 07:21PM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 07:34PM

KUANTAN: Dua lelaki dipercayai penagih dadah diberkas ketika cuba mencuri dan melarikan seekor lembu dengan menyumbatnya di dalam sebuah kereta dalam kejadian di ladang kelapa sawit Kampung Machang, Panching, Kuantan hari ini (20 Apr).

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kedua-duanya yang berusia 29 tahun itu ditahan oleh pemilik haiwan ternakan berkenaan bersama penduduk kampung yang menyedari perbuatan mereka pada kira-kira 3.30 pagi.

"Semasa kejadian, pemilik haiwan ternakan berkenaan yang berusia 56 tahun sedang memeriksa ternakan lembu miliknya sebelum terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Honda Civic dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Penternak lembu itu kemudian menahan kenderaan tersebut untuk bertanya tetapi suspek bertindak memecut kereta menuju ke Jalan Sungai Panching. Mangsa yang dibantu beberapa rakan bertindak mengejar dan berjaya menahan kenderaan itu,” kata ACP Mohamad Noor ketika dihubungi.

Menurutnya dalam keadaan kelam-kabut itu dua daripada suspek berjaya melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit manakala dua lagi dapat ditahan setelah dikepung oleh mangsa dan rakan-rakannya.
Mangsa kemudian memeriksa kereta yang dinaiki suspek, katanya, sebelum menemui seekor lembu yang diletak di bahagian kaki tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Berdasarkan tag pada telinga lembu tersebut, mangsa percaya haiwan berkenaan adalah miliknya lalu bertindak menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

ACP Mohamad Noor berkata ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis metamfetamina dan kereta itu pula menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Mereka kini ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan...bagi kesalahan mencuri,” katanya.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan