Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cuci pinggan mangkuk di lopak air, Restoran Raj's Banana Leaf M’sia mohon maaf

“Kami memohon maaf dengan kejadian berkenaan yang dilakukan oleh pekerja baru kami di cawangan Bangsar".

Anggaran Waktu Membaca:
Cuci pinggan mangkuk di lopak air, Restoran Raj's Banana Leaf M’sia mohon maaf

Petikan gambar kakitangan restoran cuci pinggan di lopak air.

Diterbitkan : 30 May 2018 10:17AM Dikemas Kini : 30 May 2018 10:24AM

PETALING JAYA: Pemilik Restoran Raj’s Banana Leaf tampil memberikan kenyataan maaf berhubung penularan satu video yang menunjukkan pekerja restoran berkenaan membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air.

Menerusi catatan di akaun Facebook restoran berkenaan, pemiliknya memohon maaf kepada pelanggan dan mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan oleh beberapa pekerja baru di cawangan Bangsar milik restoran itu.

“Kami memohon maaf dengan kejadian berkenaan yang dilakukan oleh pekerja baru kami di cawangan Bangsar. Kami ingin memaklumkan kepada semua perkara sebegini tidak pernah berlaku dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kami juga ingin menegaskan Raj’s Banana Leaf secara konsisten melepasi pemeriksaan kebersihan dan kesihatan restoran kami yang dilakasanakan secara berterusan.

“Kami berharap pelanggan akan memberikan peluang kedua kepada kami dan kami ingin menegaskan faktor kebersihan dapur restoran kami sentiasa menjadi keutamaan,” katanya, seperti yang dipetik laman Sinar Harian.

Restoran cawangan Bangsar itu akan ditutup sehingga maklumat lanjut dikeluarkan, menurut laporan-laporan lain.

The Star Online melaporkan bahawa Majlis Bandar Kuala Lumpur dijangka mengeluarkan notis penutupan bermula hari ini (30 Mei) dan para pegawai kesihatan mengunjungi restoran itu pada pukul 10.00 pagi ini.

Portal Twentytwo13 juga memetik kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur Mohd Amin Nordin Abdul Aziz menyifatkan restoran tersebut sebagai “malas” dan berkata beliau akan mengarahkan para pegawai jabatan kesihatan dan sekitaran untuk menutup premis itu hari ini.

“Ia akan terus ditutup sehingga mereka mematuhi semua peraturan,” Encik Amin dipetik sebagai berkata demikian.

Pemilik restoran tersebut menerusi catatan Facebook juga menyatakan akan membuat majlis berbuka puasa secara percuma pada 31 Mei nanti bermula jam 7.30 malam hingga 9.30 malam di Raj’s Banana Leaf Bangsar sebagai tanda permohonan maaf berhubung kejadian itu, lapor laman itu lagi.

Awal dari itu, rakaman video sepanjang 30 saat yang viral semalam (29 Mei) menunjukkan beberapa pekerja sedang membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air.

Video berkenaan menarik perhatian dan reaksi yang pelbagai dalam kalangan warga siber, menurut Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan