Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Ujian vaksin pada manusia mungkin diuji di Thailand hujung tahun

Pengarah Institut Vaksin Kebangsaan Nakorn Premsri berkata jika ujian ke atas monyet memberikan keputusan positif, percubaan terhadap manusia dapat dijalankan menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Ujian vaksin pada manusia mungkin diuji di Thailand hujung tahun

Gambar fail seorang pekerja barisan hadapan di Bangkok, Thailand, memegang kit ujian COVID-19 (Gambar: Reuters/Soe Zeya Tun)

Diterbitkan : 25 May 2020 12:14AM Dikemas Kini : 25 May 2020 12:30AM

BANGKOK: Thailand memulakan percubaan vaksin COVID-19 terhadap monyet pada Sabtu (23 Mei) selepas ujian ke atas tikus menunjukkan keputusan positif.

Pengarah Institut Vaksin Kebangsaan Nakorn Premsri berkata jika ujian ke atas monyet juga memberikan keputusan positif, percubaan terhadap manusia dapat dijalankan menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

“Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, pengeluaran vaksin akan bermula tahun depan,” katanya pada sidang media harian COVID-19 pada Ahad.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Vaksin COVID-19 Universiti Chulalongkorn Kiet Rakrungtham berkata sebanyak 10,000 dos vaksin akan dihasilkan untuk 5,000 sukarelawan bagi percubaan ke atas manusia.

“Vaksin ini akan dihasilkan oleh dua kilang. Kami jangka kilang pertama akan mengeluarkan vaksin (untuk percubaan ke atas manusia) menjelang Oktober,” katanya.

Sementara itu, Thailand melaporkan sifar kes baru positif dan kematian berkaitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan angka kumulatif kekal pada 3,040 kes positif dan 56 kematian.

Ini adalah kali keempat bulan ini tiada kes baru harian direkodkan Thailand.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Dr Panprapa Yongtrakul berkata setakat ini 63 kes masih dirawat di hospital dengan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih dan dibenarkan pulang ialah seramai 2,921 orang.

Thailand merupakan negara pertama melaporkan kes COVID-19 di luar China. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan