Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Thailand catat angka korban harian tertinggi

Thailand pada Isnin (3 Mei) melaporkan rekod baru kematian harian akibat COVID-19, sebanyak 31 orang, menurut kementerian kesihatan negara itu ketika ia bergelut dengan gelombang jangkitan ketiga.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Thailand catat angka korban harian tertinggi

Orang ramai beratur di lapangan terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand untuk dapatkan suntikan vaksin COVID-19 pada 28 Apr 2021 (Gambar: REUTERS/Jorge Silva)

Diterbitkan : 03 May 2021 04:15PM Dikemas Kini : 03 May 2021 04:20PM

BANGKOK: Thailand pada Isnin (3 Mei) melaporkan rekod baru kematian harian akibat COVID-19, sebanyak 31 orang, menurut kementerian kesihatan negara itu ketika ia bergelut dengan gelombang jangkitan ketiga.

Setelah berjaya menangani penularan virus tersebut selama sekitar setahun dengan langkah-langkah kawalan sempadan yang ketat dan perintah berkurung, Thailand menghadapi lonjakan kes sejak awal April yang terbukti lebih sukar untuk dikawal dan memberi tekanan kepada beberapa bahagian sistem perubatan.

Kementerian kesihatan melaporkan 2,041 kes baru COVID-19, menjadikan jumlah di negara itu kepada 71,025 sejak pandemik itu bermula tahun lalu. Angka korban kini berjumlah 276 orang.

Penularan baru, yang merangkumi varian B117 yang sangat mudah berjangkit yang pertama kali dikesan di Britain, telah menyumbang kepada lebih separuh kes dan kematian sejak bermulanya pandemik itu.

Thailand menetapkan 70 peratus penduduknya divaksinasi menjelang akhir tahun ini, meskipun pengagihan vaksin lebih perlahan jika dibandingkan dengan beberapa negara jiran.

Pendaftaran untuk menerima vaksin bagi orang awam bermula pada Sabtu, dengan sekitar 16 juta orang berusia lebih 60 tahun atau mereka yang mempunyai keadaan perubatan sedia ada diberi keutamaan.

Program vaksinasi secara besar-besaran dijadual bermula pada Jun, apabila kumpulan pertama sebanyak 61 juta dos AstraZeneca buatan tempatan dijangka siap dihasilkan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan