Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Saudi hadkan ibadah haji hanya untuk 60,000 jemaah dalam negeri

Keputusan itu diumumkan pada Sabtu (12 Jun) oleh Kementerian Haji dan Umrah yang disiarkan media negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Saudi hadkan ibadah haji hanya untuk 60,000 jemaah dalam negeri

Para pekerja membersihkan kawasan mataf sekitar Kaabah pada 1 Ogos semasa musim haji 2020 di tengah COVID-19. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 09:26PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 09:29PM

JEDDAH: Arab Saudi memutuskan ibadah haji tahun ini dihadkan hanya kepada 60,000 jemaah dalam negeri terdiri daripada rakyat negara itu dan warganegara lain yang sudah berada dalam negara tersebut.

Keputusan itu diumumkan pada Sabtu (12 Jun) oleh Kementerian Haji dan Umrah yang disiarkan media negara itu.

Selain itu, semua jemaah harus sudah menerima vaksinasi COVID-19 dan berusia di bawah 65 tahun dengan tiada sebarang penyakit kronik.

Ini merupakan tahun kedua pihak berkuasa Saudi memutuskan membenarkan ibadah haji secara terhad di tengah-tengah pamdemik COVID-19.

Tahun lalu sehingga 10,000 jemaah mengerjakan rukun Islam kelima itu, jauh berbeza daripada 2.5 juta juta pada 2019.

"Memandangkan seluruh dunia sedang bergelut dengan pandemik koronavirus ... serta kemunculan varian baru, pihak berkuasa yang relevan terus memantau keadaan kesihatan global," kata kementerian Haji pada Sabtu.

Setakat ini, Arab Saudi mencatat lebih 460,000 jangkitan COVID-19 termasuk 7,536 kematian.

Menurut kementerian kesihatan negara itu, lebih 15 juta dos vaksin koronavirus sudah diagihkan dalam negara yang mempunyai 34 juta penduduk itu. 

Sumber : Agensi berita/AA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan