COVID-19: Remaja 12 tahun meninggal dunia di Belgium, mangsa termuda di Eropah
Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang positif COVID-19 meninggal dunia di Belgium, menjadikannyamangsa paling muda yang diketahui di Eropah, menurut pegawai kesihatan pada Selasa (31 Mac).
BRUSSELS: Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang positif COVID-19 meninggal dunia di Belgium, menjadikannyamangsa paling muda yang diketahui di Eropah, menurut pegawai kesihatan pada Selasa (31 Mac).
"Kes kematian dalam kalangan pesakit muda adalah kejadian yang sangat jarang berlaku," kata jurucakap pemerintah, Dr Emmanuel Andre, sambil menambah bahawa kematian itu sesuatu yang "mengejutkan".
Remaja perempuan itu mengalami demam dan diuji positif COVID-19 tiga hari sebelum meninggal dunia, kata seorang lagi jurucakap, Steven Van Gucht.
Pihak berkuasa tidak memberi butiran lanjut mengenai kes tersebut, termasuk sama ada dia mempunyai sebarang masalah kesihatan lain.
Remaja tersebut tidak ke sekolah sejak 13 Mac, sebelum kepungan seluruh negara dikuat kuasakan, menurutu sekolahnya.
Belgium mencatatkan 705 kematian akibat wabak itu.
Walaupun kes jangkitan COVID-19 serius jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, namun beberapa kes dilaporkan sebelum ini malah ada di antaranya terpaksa diberi rawatan intensif di hospital.
Minggu lalu, Perancis melaporkan kematian seorang remaja perempuan 16 tahun di Paris.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.