Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: M'sia kesan kelompok baru babit 35 warga asing

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baru membabitkan warga asing di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: M'sia kesan kelompok baru babit 35 warga asing

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 22 May 2020 07:09AM Dikemas Kini : 22 May 2020 07:12AM

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baru membabitkan warga asing di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Memperincikan kluster baru itu, beliau berkata sehingga tengah hari Khamis (21 Mei) seramai 645 orang telah disampel secara keseluruhan dengan 35 daripadanya disahkan positif COVID-19.

Katanya, kesemua 35 kes positif itu membabitkan 17 warga Myanmar; 15 (India), dan masing-masing seorang warga Sri Lanka, Bangladesh dan Mesir.

“Daripada jumlah keseluruhan, 400 kes adalah negatif manakala 210 orang masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

“Pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan telahpun dijalankan misalnya, aktiviti nyahkuman, pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial,” katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19.

Dr Noor Hisham berkata KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan ke semua pusat depot tahanan secara berjadual yang diberikan oleh pasukan kesihatan dari klinik kesihatan terdekat.

“Anggota pasukan kesihatan terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih dan jururawat masyarakat.

“Antara perkhidmatan itu seperti rawatan penyakit ringan,rawatan awal kecemasan, pemeriksaan kesihatan ibu hamil, kesihatan bayi dan kanak-kanak termasuk suntikan imunisasi berdasarkan jadual imunisasi kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata kes memerlukan rawatan pesakit dalam dan kes kecemasan seperti ibu yang bakal bersalin akan dirujuk ke hospital kerajaan yang berdekatan dan kesemua perkhidmatan itu tidak dikenakan sebarang caj.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan