Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: M'sia catat 4 kes kematian, 212 kes baru; kenaikan tertinggi dalam 24 jam

Malaysia pada Isnin (23 Mac) melaporkan 212 kes baru virus korona COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan jumlah kes positif di negara  sebanyak 1,518.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: M'sia catat 4 kes kematian, 212 kes baru; kenaikan tertinggi dalam 24 jam

Para askar yang memakai pelitup berdiri di sebuah pusat pemeriksaan di Putrajaya, Malaysia, pada 22 Mac 2020. (Gambar: Vincent Thian/AP)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 06:52PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 06:55PM

KUALA LUMPUR: Malaysia pada Isnin (23 Mac) melaporkan 212 kes baru virus korona COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan jumlah kes positif di negara sebanyak 1,518.

Sejumlah empat kematian juga dilaporkan menjadikan 14 kematian direkodkan di negara itu.

Daripada 212 kes baru dilaporkan hari ini, 123 kes berkaitan kelompok perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak 970 kes positif COVID-19 dikaitkan dengan perhimpunan tersebut.

Kes kematian baru yang dilaporkan melibatkan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Johor serta dua di Sarawak.

Berikut perincian empat kematian yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.

Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1,114, seorang lelaki, rakyat tempatan yang berumur 70 tahun. Allahyarham merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang, Johor.

Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1,006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada kes ke1031 yang juga menghadiri perhimpunan itu. Beliau dirawat di Hospital Miri.

Kes kematian ke-14 pula merupakan kes ke-595 iaitu seorang wanita tempatan berumur 51 tahun. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kelompok tabligh dan dirawat di Hospital Miri.

Awal hari ini Kementerian Kesihatan melaporkan kematian ke-11, seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik.

Beliau telah ke Indonesia dan merupakan imam di surau dekat rumahnya. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/Agensi berita/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan