Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Korea Selatan tingkatkan amaran penyakit ke paras 'tertinggi'

Korea Selatan menaikkan amaran ancaman penyakit di negara itu ke paras tertinggi iaitu tahap merah. Presiden Moon Jae-in berkata pada Ahad (23 Feb) ancaman penyakit virus korona COVID-19 di negara itu sudah sampai ke peringkat genting.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Korea Selatan tingkatkan amaran penyakit ke paras 'tertinggi'

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in (tengah) semasa mesyuarat pemerintah berhubung COVID-19 pada 23 Feb, 2020 (Gambar: Yonhap/AFP)

Diterbitkan : 23 Feb 2020 05:24PM Dikemas Kini : 23 Feb 2020 05:34PM

SEOUL: Korea Selatan menaikkan amaran ancaman penyakit di negara itu ke paras tertinggi iaitu tahap merah.

Presiden Moon Jae-in berkata pada Ahad (23 Feb) ancaman penyakit virus korona COVID-19 di negara itu sudah sampai ke peringkat genting.

Beliau menggesa para pegawai supaya tidak teragak-agak mengambil langkah-langkah yang "belum pernah wujud sebelum ini" bagi memerangi virus tersebut.

Ini selepas jumlah jangkitan COVID-19 di Korea Selatan melonjak kepada 10 kali ganda sejak seminggu lalu.

169 kes jangkitan baru dan satu lagi kematian dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes di negara itu sebanyak 602 kesemuanya dengan lima kematian.

Salah seorang yang meninggal dunia ialah lelaki berusia 57 tahun yang bertugas di sebuah hospital di Cheong-do.

Hospital itu dikaitkan dengan lebih 110 kes jangkitan dan tiga kematian.

Kebanyakan kes jangkitan di Korea Selatan dilaporkan di bandar Daego di mana penularan dikaitkan dengan gereja Shincheonji.

Lebih 9,000 pengikut gereja tersebut telah diletakkan di bawah perintah kuarantin.

Datuk bandar Daegu menggesa ssemua pengikut gereja tersebut supaya menjalani ujian COVID-19 jika menunjukkan simptom.

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan