Images
  • indonesia covid mask face shield
    Penari tradisional di Indonesia pada 9 Ogos 2020 kelihatan memakai pelitup dan pelindung wajah di tengah pandemik COVID-19 (Gambar: AFP)

COVID-19: Kes positif di Indonesia terus meningkat, 1,693 kes baru dilaporkan

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan tambahan 1,693 jangkitan baru dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 128,776 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id pada Selasa (11 Ogos), sejumlah 85,928 pesakit masih dalam pemantauan.

Bagi tempoh 12.00 tengah hari semalam sehingga 12.00 tengah hari ini, lagi 59 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban di republik itu meningkat kepada 5,824 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 26,624 kes, diikuti Jawa Timur (25,917) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,915 orang, diikuti Jakarta (944), Jawa Tengah (731), Sulawesi Selatan (337) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

LAPORAN BERKAITAN:


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- BERNAMA/TQ/tq

Top