Images
  • covid-19 malaysia
    Sukarelawan bantu penerima vaksin di pusat vaksin COVID-19 Bukit Jalil di Malaysia (Gambar: BERNAMA)

COVID-19: Kes baru di M'sia susut ke 5,671

KUALA LUMPUR: Sejumlah 5,671 kes baru COVID-19 dicatatkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lepas sehingga Khamis (10 Jun), menurun berbanding 6,239 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitter berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 1,510 kes diikuti Kuala Lumpur (769); Sarawak (631); Negeri Sembilan (593); Johor (524); Kedah (309); Kelantan (262) dan Sabah (233).

Selain itu, Melaka merekodkan 184 kes; Pulau Pinang (166); Perak (143); Pahang (112); Terengganu (108); Labuan (106); Putrajaya (18); dan Perlis (tiga).

- BERNAMA/TQ/tq

Top