Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Kementerian Kesihatan M'sia saring pelajar tahfiz dikaitkan dengan kelompok madrasah

Selepas kluster perhimpunan tabligh Sri Petaling, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengesan semua pelajar madrasah tahfiz yang ada kaitan dengan penularan wabak COVID-19 untuk menjalankan ujian pengesanan.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Kementerian Kesihatan M'sia saring pelajar tahfiz dikaitkan dengan kelompok madrasah

Seorang pekerja kesihatan menjalankan ujian virus korona pandu masuk di Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya, Malaysia, pada 28 Mac 2020. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 15 Apr 2020 11:33PM Dikemas Kini : 15 Apr 2020 11:38PM

PUTRAJAYA: Selepas kluster perhimpunan tabligh Sri Petaling, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengesan semua pelajar madrasah tahfiz yang ada kaitan dengan penularan wabak COVID-19 untuk menjalankan ujian pengesanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, KKM mendapat maklumat bahawa terdapat sejumlah 8,616 pelajar madrasah tahfiz di seluruh Malaysia.

Beliau berkata sejumlah 1,736 pelajar madrasah tahfiz sudah disaring dan 217 orang atau 10 peratus daripada jumlah yang disaring adalah positif COVID-19.

"KKM melihat selepas kluster tabligh, sasaran sekarang adalah pelajar madrasah tahfiz... Seramai 1,736 pelajar tahfiz telah disaring, iaitu mereka yang ada di madrasah tetapi kebanyakan mereka pun sudah pulang ke rumah masing-masing sebelum Perintah Kawalan Pergerakan.

"Sekarang kita kena laksanakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia serta agensi lain untuk menyaring dan melaksanakan ujian pengesanan COVID-19 kepada pelajar tahfiz ini," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini (15 Apr).

Untuk rekod, empat madrasah iaitu Madrasah di Jerantut (Pahang), Madrasah di Penanti (Pulau Pinang), Madrasah di Sungai Lui (Selangor) dan Madrasah di Jasin (Melaka) merupakan antara kluster yang dikenal pasti di Malaysia.

Mengenai perkembangan kluster madrasah terbabit, beliau berkata terdapat dua kes positif baru dilaporkan di Madrasah di Jerantut, menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 64 manakala tiada penambahan kes positif di tiga lagi madrasah.

Menjawab persoalan membabitkan kluster persidangan gereja di Sarawak iaitu sama ada perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di lokaliti itu, Dr Noor Hisham berkata tiada keperluan mengeluarkan arahan tersebut setakat ini.

Katanya kluster itu masih dalam keadaan terkawal malah tiada kes positif baharu dilaporkan.

LAPORAN BERKAITAN:

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan