Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Kelompok jangkitan merebak di pasar Seoul

Seorang peniaga kesembilan di Pasar Namdaemun Seoul disahkan positif COVID-19, kata seorang pegawai pada Selasa (11 Ogos), menunjukkan kluster jangkitan dari pasar tradisional terbesar negara itu mungkin telah tersebar.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Kelompok jangkitan merebak di pasar Seoul

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2020 07:32PM Dikemas Kini : 11 Aug 2020 07:37PM

SEOUL: Seorang peniaga kesembilan di Pasar Namdaemun Seoul disahkan positif COVID-19, kata seorang pegawai pada Selasa (11 Ogos), menunjukkan kluster jangkitan dari pasar tradisional terbesar negara itu mungkin telah tersebar.

Menurut pegawai perbandaran, seorang peniaga di Pusat Beli-belah Jungang, kompleks beli-belah terbesar di Pasar Namdaemun, didapati dijangkiti COVID-19 pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap.

Jungang terletak berhampiran pasaraya fesyen wanita Kenedy, yang dilaporkan telah menjangkiti lapan peniaga.

Penularan di Kenedy bermula dengan seorang pekerja wanita, menetap di Goyang, barat laut Seoul, diuji positif pada Khamis lalu (6 Ogos), kata pegawai, dan menyatakan beliau mungkin dijangkiti virus itu dari sebuah gereja kejiranan.

Peniaga Jungang yang dijangkiti didapati makan malam dengan seorang peniaga Kenedy, dijangkiti pada 30 Julai, kata para pegawai, penyebaran itu mungkin berlaku semasa perjumpaan makan malam mereka.

Penularan dari Pusat Beli-belah Jungang telah meningkatkan jumlah kluster jangkitan dari Pasar Namdaemun kepada sembilan kes. Selain itu seorang anak perempuan penduduk Goyang juga dikesan positif, menjadikan jumlah sebenar jangkitan kluster Namdaemun mencecah 10 kes.

Pihak berkuasa kini mengkategorikan kes berkenaan sebagai jangkitan berkaitan gereja. Mereka berkata virus itu tersebar dari gereja Goyang ke pasar Seoul menerusi pekerja Kenedy yang pertama disahkan membawa virus tersebut.

Jumlah kes yang dikesan ke gereja Goyang meningkat kepada 33 pada Selasa, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Pihak berkuasa kuarantin meminta sesiapa sahaja yang mengunjungi Jungang pada Jumaat atau Sabtu lalu dan menunjukkan simptom untuk menjalani saringan COVID-19.

Mereka telah menyediakan kemudahan saringan sementara di Pasar Namdaemun dan menjalankan ujian ke atas 215 peniaga dan pembeli setakat ini. Daripada jumlah itu, 205 orang menunjukkan keputusan negatif manakala yang lain masih menunggu keputusan. 

Jumlah kes COVID-19 di Seoul meningkat enam kes dalam sehari sehingga mencecah 1,694 pada Selasa pagi.

Di seluruh negara, Korea Selatan mengenal pasti 34 kes jangkitan tambahan, termasuk 23 jangkitan domestik, meningkatkan jumlah kes kepada 14,660 kes, menurut KCDC.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan