Images
  • westerdam
    (Gambar: Reuters)

COVID-19: Kapal pesiaran berlabuh di Kemboja setelah 2 minggu terkandas di laut

KEMBOJA: Para penumpang dan kakitangan sebuah kapal pesiaran yang tidak dibenarkan berlabuh di beberapa pelabuhan di Asia atas kebimbangan ia mungkin membawa virus COVID-19, akhirnya berlabuh di Kemboja pada Jumaat (14 Feb).

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen menyambut sekitar 100 pelancong yang diberikan bunga dan selendang sedang mereka turun ke darat setelah terkandas di laut selama dua minggu.

Kapal pesiaran MS Westerdam sepatutnya membawa 2,257 penumpang dan anak kapal mengelilingi Asia Timur selama 14 hari, bermula di Hong Kong pada 1 Feb dan berlabuh di Yokohama, Jepun pada Sabtu.

Namun, kapal pesiaran itu tidak dibenarkan berlabuh di Jepun, Guam, Filipina, Taiwan dan Thailand kerana khuatir ia membawa virus COVID-19.

- Agensi berita/MU/ha

Top