Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Jumlah pesakit sembuh di M'sia melebihi kes baru

Situasi COVID-19 di negara Malaysia menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari wad hari ini (13 Apr) berjumlah 168 orang, melebihi jumlah kes positif baru.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Jumlah pesakit sembuh di M'sia melebihi kes baru

Kakitangan kesihatan di M'sia kelihatan berpakaian PPE (Gambar: REUTERS/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 13 Apr 2020 08:27PM Dikemas Kini : 13 Apr 2020 08:36PM

PUTRAJAYA: Situasi COVID-19 di negara Malaysia menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari wad hari ini (13 Apr) berjumlah 168 orang, melebihi jumlah kes positif baru.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga pukul 12 tengah hari ini, terdapat 134 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 4,817 kes.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad adalah 2,276 kes atau 47.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sekali lagi, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya.

Bercakap pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini, Dr Noor Hisham berkata terdapat pertambahan satu lagi kes kematian menjadikan keseluruhannya sebanyak 77 kematian akibat COVID-19, setakat ini.

Beliau berkata kematian ke-77 (kes pesakit ke-2,797) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang.

“Setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,464 kes dan semua kes aktif telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, 66 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 36 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan