Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Jumlah korban di Amerika Syarikat melepasi 100,000

Jumlah kematian pesakit COVID-19 di Di Amerika Syarikat sudah melepasi 100,000 orang iaitu dalam tempoh kurang empat bulan selepas kematian pertamanya.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Jumlah korban di Amerika Syarikat melepasi 100,000

(Gambar: REUTERS/Brian Snyder)

Diterbitkan : 28 May 2020 04:19PM Dikemas Kini : 28 May 2020 04:26PM

WASHINGTON D.C: Jumlah kematian pesakit COVID-19 di Di Amerika Syarikat sudah melepasi 100,000 orang iaitu dalam tempoh kurang empat bulan selepas kematian pertamanya.

Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada angka kematian di negara-negara lain.

Ia menyamai bilangan kematian pesakit semasa pandemik demam selesema tahun 1968.

Sungguhpun begitu, secara keseluruhannya, jumlah kematian dan kes jangkitan baru COVID-19 di Amerika Syarikat semakin berkurangan.

Misalnya, di wilayah New York yang paling teruk terjejas, jumlah kematian baru minggu ini merosot ke paras yang belum dilihat sejak Mac lalu.

Namun pakar-pakar kesihatan awam memberi amaran bahawa jumlah kematian sebenar mungkin jauh lebih tinggi daripada bilangan rasmi kerana ia tidak termasuk kematian pesakit COVID-19 di luar hospital dalam kalangan mereka yang tidak menjalani ujian mengesan virus itu. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/MU/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan