Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Indonesia catat 526 kes baru, 21 kematian

Indonesia mencatatkan 21 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu meningkatkan kepada 1,372 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Indonesia catat 526 kes baru, 21 kematian

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 24 May 2020 07:58PM Dikemas Kini : 24 May 2020 08:01PM

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 21 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu meningkatkan kepada 1,372 orang.

Jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata jumlah kes positif meningkat kepada 22,271 kes iaitu tambahan 526 kes baru.

"Ketika ini seramai 11,389 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media harian mengenai COVID-19 yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Umat Islam di Indonesia hari ini meraikan sambutan Aidilfitri dalam suasana luar biasa bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 dengan solat sunat Aidilfitri di masjid dilarang, tiada majlis rumah terbuka, balik kampung atau aktiviti saling berkunjung.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan