Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: India catat rekod baru 78,700 kes, tertinggi dalam sehari di dunia

India pada Ahad (30 Ogos)mencatat pertambahan kes COVID-19 yang paling tinggi di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: India catat rekod baru 78,700 kes, tertinggi dalam sehari di dunia

Seorang lelaki berjalan di platform kereta api yang lengang semasa perintah berkurung dikuatkuasakan di New Delhi untuk mengekang penularan virus COVID-19. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Aug 2020 08:55PM Dikemas Kini : 30 Aug 2020 09:04PM

NEW DELHI: India pada Ahad (30 Ogos)mencatat pertambahan kes COVID-19 yang paling tinggi di dunia.

Lebih 78,700 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhannya 3.5 juta iaitu yang ketiga tertinggi di dunia.

Hampir 64,000 pesakitnya sudah meninggal dunia.

Sungguhpun begitu India akan terus melonggarkan lagi beberapa sekatan COVID-19.

Antaranya, khidmat kereta api gerak cepat yang menjadi pengangkutan utama para pekerja di ibu kota New Delhi akan kembali beroperasi mulai 7 September.

Perhimpunan sehingga 100 orang juga akan dibenarkan dari 21 September bagi tujuan sosial, akademik, sukan dan keagamaan.

Namun pemakaian pelitup serta menjaga jarak selamat masih dikuat kuasakan.

Selain itu sekolah-sekolah dan kolej terus ditutup sehingga hujung bulan depan.

Perintah berkurung yang ketat pula tetap dikuat kuasakan di kawasan-kawasan di mana kadar jangkitannya amat tinggi.

Pemerintah India berdepan tekanan untuk membuka semula ekonomi.

Jutaan orang kehilangan pekerjaan sejak perintah berkurung dikenakan buat kali pertama pada Mac lalu.  

Sumber : Agensi berita/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan