Images
  • hubei coronavirus
    Orang ramai beratur untuk berjumpa doktor di sebuah hospital di Wuhan. (Gambar: Hector RETAMAL/AFP)

COVID-19: Hubei laporkan lagi 116 kematian, 4,823 kes baru

BEIJING: Angka kematian baru akibat wabak virus korona COVID-19 di wilayah Hubei di tengah China melonjak sebanyak 116 kes pada Khamis (13 Feb). Ini menurut suruhanjaya kesihatan wilayah tersebut di laman webnya pada Jumaat (14 Feb).

Lagi 4,823 kes dikesan di Hubei, tempat tercetusnya wabak tersebut, sekaligus meningkatkan jumlah kes COVID-19 di wilayah itu kepada 51,986.

Sehari sebelumnya, angka kematian di China akibat COVID-19 menjulang secara mendadak setelah pihak berkuasa mengubah kaedah pengiraan mereka. Ini menimbulkan keprihatinan bahawa wabak itu adalah jauh lebih buruk daripada yang dilaporkan.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertindak untuk meredakan kebimbangan dengan menyatakan bahawa bilangan baru itu "tidak melambangkan perubahan ketara dalam trajektori wabak".

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp  

- Agensi berita/FZ/fz

Top