Images
  • covid hong kong
    Pegawai kesihatan Hong Kong memberi amaran keadaan penularan COVID-19 itu semakin membimbangkan. 

COVID-19: Hong Kong hadapi gelombang keempat?

HONG KONG: Para pegawai kesihatan Hong Kong menyifatkan keadaan penularan COVID-19 di wilayah khas China itu semakin membimbangkan.

Malahan, dua penasihat kesihatan pemerintah Hong Kong memberi amaran bahawa gelombang keempat penularan koronavirus itu sudah bermula.

Mereka menggesa supaya tindakan segera dilakukan bagi mencegah penularan pesat itu.

Hari ini (20 Nov), 26 kes baru disahkan, iaitu seganda lebih banyak daripada semalam (19 Nov).

Kelemahan dalam proses kuarantin serta ujian hasil negatif yang salah di lapangan terbang Hong Kong menyumbang kepada kes-kes baru itu.

Kajian menunjukkan bahawa 25 peratus daripada jumlah kes import baru-baru ini tidak dikesan semasa pesakitnya tiba di Hong Kong.

- APTN/MU/nj

Top