COVID-19: Filipina catat jumlah kematian tertinggi di Asia Tenggara
Filipina hari ini (13 Sep) mengesahkan jumlah kematian tertinggi pesakit COVID-19 di rantau ini.
MANILA: Filipina hari ini (13 Sep) mengesahkan jumlah kematian tertinggi pesakit COVID-19 di rantau ini.
186 kematian baru itu menjadikan jumlah keseluruhannya kepada hampir 4,300.
Hampir 5,000 jangkitan baru turut disahkan menjadikan jumlah keseluruhannya 258,000.
Namun, pihak berkuasa akan tetap melonggarkan langkah-langkah sekatan terhadap para penumpang pengangkutan awam termasuk di dalam pesawat, mulai Isnin (14 Sep).
Jarak selamatnya dikurangkan daripada 1 meter kepada 75 sentimeter.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.