COVID-19: Filipina arah hentikan suntikan vaksin Fabunan
Pentadbiran Makanan dan Ubat Filipina mengeluarkan arahan supaya dihentikan suntikan vaksin antivirus Fabunan. Catatan-catatan di media sosial menyifatkan vaksin tidak berdaftar itu sebagai "pemusnah COVID-19".
MANILA: Pentadbiran Makanan dan Ubat Filipina mengeluarkan arahan supaya dihentikan suntikan vaksin antivirus Fabunan.
Catatan-catatan di media sosial menyifatkan vaksin tidak berdaftar itu sebagai "pemusnah COVID-19".
Vaksin itu dihasilkan oleh seorang doktor rakyat Filipina yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ruben Fabunan, bersama tiga adik-beradiknya, yang kesemuanya juga doktor.
Mereka mempunyai sebuah klinik keluarga di Filipina.
Dalam catatannya di Facebook, Klinik Perubatan Fabunan menyatakan ubat itu tidak dijual secara komersil dan hanya digunakan secara eksklusif di klinik itu.
Jabatan Kesihatan Filipina menyatakan pemerintah sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap dalangnya.
Kes COVID-19 di Filipina setakat ini berjumlah lebih 14,300 manakala lebih 870 pesakitnya telah meninggal dunia.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.