Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19 ditemui pada bungkusan makanan laut beku di China

Pihak berkuasa China menemui virus COVID-19 pada bungkusan makanan laut beku import yang tiba dari Dalian, menurut pemerintah tempatan pada Selasa (11 Ogos). Bandar pelabuhan itu baru-baru ini mencatat lonjakan kes virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19 ditemui pada bungkusan makanan laut beku di China

Gambar fail penjualan makanan laut di sebuah pasar raya di Beijing, China (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Aug 2020 12:06AM Dikemas Kini : 12 Aug 2020 12:12AM

BEIJING: Pihak berkuasa China menemui virus COVID-19 pada bungkusan makanan laut beku import yang tiba dari Dalian, menurut pemerintah tempatan pada Selasa (11 Ogos).

Bandar pelabuhan itu baru-baru ini mencatat lonjakan kes virus tersebut.

Virus itu ditemui pada luar bungkusan makanan laut beku yang dibeli oleh tiga syarikat di Yantai, sebuah bandar pelabuhan di timur wilayah Shandong.

Pemerintah bandar Yantai, dalam satu kenyataan, berkata makanan laut import itu tiba menerusi pelabuhan Dalian, namun tidak menyatakan dieksport dari negara mana.

Pada Julai, pegawai kastam di Dalian, sebuah pelabuhan utama di wilayah timur laut Liaoning, menemui virus COVID-19 pada bungkusan udang beku yang diimport dari Ecuador.

China kemudian menggantung import dari tiga syarikat mengeluar udang di Ecuador.

Sebahagian makanan laut yang dibeli tiga syarikat Yantai itu sudah diproses untuk dieksport, sementara selebihnya disimpan dalam peti sejuk dan belum memasuki pasaran, kata pegawai pemerintah di Yantai.

Pihak berkuasa sudah menyita barangan tersebut manakala semua kakitangan yang mengendalikan barangan itu kini dikuarantin.

Ujian yang dilakukan ke atas mereka didapati negatif bagi COVID-19, kata pemerintah negeri itu.

Penularan COVID-19 terbaru di bandar Dalian bermula pada akhir Julai lalu, dengan kes pertama membabitkan pekerja di syarikat pemprosesan makanan laut.

Sejak 9 Ogos, Dalian melaporkan 92 kes COVID-19.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan