Images
  • trump (3)
    Presiden Trump. (Gambar: Alex Brandon/AP Photo)

COVID-19: China bertanggungjawab atas "pembunuhan beramai-ramai di merata dunia", kata Trump

WASHINGTON: Pertikaman lidah antara Amerika Syarikat dengan China berhubung punca penularan COVID-19 semakin meningkat.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sekali lagi menyelar dan menyalahkan China atas apa yang disifatkannya sebagai "pembunuhan beramai-ramai di merata dunia".

Dalam catatannya di Twitter, Encik Trump menuduh China bertanggungjawab atas penularan COVID-19, disebabkan oleh kelemahan pihak berkuasa negara itu.

Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo turut mengecam China.

Menurutnya, AS$2 bilion (S$2.8 bilion) yang diikrarkan Beijing kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak setanding dengan jumlah nyawa yang terkorban dan kesannya terhadap ekonomi sejagat.

China sebaliknya menuduh Amerika cuba mengalihkan perhatian daripada kegagalannya sendiri dalam membendung COVID-19.

- Agensi berita/MM/ha

Top