Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Britain akan hantar lagi 1,000 mesin bantuan pernafasan ke India

United Kingdom (UK) merancang menghantar 1,000 lagi ventilator ke India untuk membantu negara itu yang kini bergelut peningkatan jumlah pesakit COVID-19, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri pada Ahad (2 Mei), lapor Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Britain akan hantar lagi 1,000 mesin bantuan pernafasan ke India

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 May 2021 12:41PM Dikemas Kini : 03 May 2021 12:43PM

LONDON: United Kingdom (UK) merancang menghantar 1,000 lagi ventilator ke India untuk membantu negara itu yang kini bergelut peningkatan jumlah pesakit COVID-19, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri pada Ahad (2 Mei), lapor Sputnik.

"Pemerintah UK akan membantu India melawan lonjakan kes dengan menghantar 1,000 mesin bantuan pernafasan," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, UK sudah menghantar 200 ventilator serta 495 alat oksigen.

Selain itu, perkhidmatan kesihatan kebangsaan (NHS England) akan menubuhkan kumpulan penasihat klinikal untuk membantu institusi perubatan India memperkemaskan tindak balas COVID-19.

"Kumpulan itu merangkumi penyelidik kesihatan awam dan global, serta jururawat dan profesional kesihatan lain yang mempunyai pengalaman dalam sistem penjagaan kesihatan India," menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri Boris Johnson dan Perdana Menteri India Narendra Modi juga dijangka mengadakan perbincangan secara maya pada Selasa (4 Mei) untuk mengukuhkan kerjasama termasuk dalam memerangi pandemik COVID-19.

India kini mencatat jumlah kes kedua tertinggi dengan 19.5 juta kes dilaporkan setakat ini dan kematian mencecah 215,000 orang, menurut data terbaru Kementerian Kesihatan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan