Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Bimbang virus boleh menular ketika bercakap, rakyat Amerika disyor pakai pelitup

Pemerintah Amerika Syarikat  menasihatkan warganya untuk memakai pelitup sekiranya berada di luar.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Bimbang virus boleh menular ketika bercakap, rakyat Amerika disyor pakai pelitup

President Amerika Donald Trump menyampaikan taklimat harian pasukan bertindak virus korona di Rumah Putih di Washington pada 3 Apr 2020. (Gambar: Tom Brenner/REUTERS)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 06:43PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 06:49PM

WASHINGTON: Pemerintah Amerika Syarikat menasihatkan warganya untuk memakai pelitup sekiranya berada di luar.

Nasihat itu dikeluarkan ketika Amerika mencatat hampir 1,500 kematian, jumlah kematian tertinggi sehari menambah bilangan kepada lebih 7,000 orang.

Keadaan yang semakin tidak terkawal itu mendorong pentadbiran Presiden Donald Trump untuk mengesyorkan penggunaan pelitup secara besar-besaran pada Jumaat.

Bahkan Amerika sebelum itu mencadangkan agar rakyatnya menutup muka dengan apa sahaja pelitup kain termasuk kemeja-T dan selendang.

"Ini hanya sekadar cadangan," kata Presiden Trump. "Anda tidak perlu melakukannya jika tidak mahu. Saya sendiri memilih untuk tidak memakai pelitup."

Ketua jabatan penyakit berjangkit di Institut Nasional Kesihatan Anthony Fauci, merujuk kepada "maklumat terbaru bahawa virus korona sebenarnya boleh berjangkit apabila seseorang bercakap bukan sahaja daripada batuk dan bersin."

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati. Menurutnya ancaman virus itu merebak menerusi udara ,hanya berlaku semasa rawatan perubatan tertentu.

Saranan Amerika itu besar kemungkinan memburukkan lagi masalah kekurangan pelitup di negara itu dan Eropah.

Presiden Trump telah mengarahkan pelitup gred perubatan dikhaskan untuk pekerja perubatan yang merawat pesakit.

Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan juga dihalang mengeksport pelitup N95.

Sekitar 277,000 rakyat Amerika diuji positif COVID-19.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan