Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Apple, Google lancar platform kesan kontak

Pengesanan kontak tidak lama lagi mungkin akan dilakukan secara automatik menerusi telefon bijak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2020 06:16PM Dikemas Kini : 21 May 2020 11:31PM

SINGAPURA: Pengesanan kontak tidak lama lagi mungkin akan dilakukan secara automatik menerusi telefon bijak.

Ini bagi memastikan pengesanan yang lebih cekap walaupun bagi pergerakan rentas sempadan.

Syarikat gergasi teknologi Apple dan Google telah melancarkan beberapa perisian untuk membantu pihak berkuasa kesihatan awam di merata dunia membangun dan meningkatkan aplikasi-aplikasi pengesanan kontak yang menggunakan teknologi Bluetooth.

Usaha meningkatkan pengesanan kontak itu juga menghuraikan isu-isu teknikal seperti aplikasi yang menguras bateri telefon dengan cepat serta masalah telefon Apple tidak dapat mengesan telefon Android dan sebaliknya.

Para pengguna boleh menentukan sama ada mereka mahu menggunakan ciri-ciri tertentu seperti makluman automatik jika mereka terdedah kepada seseorang yang dijangkiti COVID-19.

Pengumuman oleh syarikat Apple dan Google itu dibuat menyusuli kenyataan Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di Parlimen awal bulan Mei, pemerintah sedang bekerjasama dengan kedua-dua syarikat tersebut untuk mempertingkatkan aplikasi TraceTogether, menjadikannya lebih berkesan.

Sumber : CNA/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan