Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19 'ancaman sangat serius', kata ketua WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan penularan virus korona COVID-19 sebagai "ancaman yang sangat serius" kepada dunia, lebih besar daripada ancaman pengganasan.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19 'ancaman sangat serius', kata ketua WHO

(Gambar: CDC)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 07:55PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 07:59PM

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan penularan virus korona COVID-19 sebagai "ancaman yang sangat serius" kepada dunia, lebih besar daripada ancaman pengganasan.

Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata terdapat bukti yang semakin meningkat menunjukkan hubungan antara penyakit itu dengan kelawar spesis Rhinolophus.

"Jika dunia tidak mahu sedar dan menimbangkan virus ini sebagai musuh manusia nombor satu, saya tidak fikir kita akan belajar daripada episod ini," kata beliau.

Dalam satu sidang media, WHO mengumumkan nama rasmi virus korona sebagai COVID-19.

Dr Ghebreyesus berkata nama itu dipilih bagi mengelakkan rujukan kepada sebuah kawasan tertentu, spesis haiwan atau kumpulan manusia, dengan itu ia dapat mengelakkan penggunaan nama lain yang tidak tepat dan menimbulkan stigma.

Menurut agensi kesihatan PBB itu, vaksin pertama dijangka dapat dihasilkan dalam masa setahun setengah lagi.

Sehingga itu, beliau menggesa negara-negara dunia supaya melakukan segala yang termampu untuk memerangi virus tersebut. 

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan