Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Congo umum 'kemunculan semula' Ebola

Hanya 3 bulan lalu diisytihar bebas Ebola, kemunculan semula penyakit itu boleh menyulitkan lagi usaha perangi COVID-19 di Republik Demokratik Congo.

Anggaran Waktu Membaca:
Congo umum 'kemunculan semula' Ebola

Seorang pekerja mengisi jarum suntikan dengan vaksin Ebola. (Gambar fail: Baz Ratner/REUTERS)

Diterbitkan : 08 Feb 2021 07:01PM Dikemas Kini : 08 Feb 2021 07:05PM

BENI: Penyakit Ebola muncul semula di Republik Demokratik Congo.

Menteri Kesihatannya berkata pada Ahad (7 Feb) pesakit baru itu, seorang wanita, meninggal dunia pada 3 Februari selepas menunjukkan gejala Ebola, dua hari sebelumnya.

Wanita tersebut adalah isteri kepada seorang pesakit lelaki yang sudah sembuh daripada Ebola.

Baru tiga bulan lalu, pihak berkuasa mengumumkan negara itu bebas daripada gelombang penularan Ebola yang ke-11.

Virus Ebola pertama kali dikesan pada 1976 dekat Sungai Ebola dan telah meragut nyawa ribuan orang.

Kemunculan semula penyakit itu boleh menyulitkan lagi usaha untuk memerangi virus COVID-19 yang telah menjangkiti 23,600 orang dan meragut nyawa 681 orang di Republik Demokratik Congo.

Kempen suntikan vaksin COVID-19 di negara itu dijadualkan bermula sebelum pertengahan tahun ini.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan