Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Coklat dari Perang Dunia Pertama, lebih 103 tahun ditemui

Sembilan keping coklat jenama Cadbury yang dipercayai berusia 103 tahun ditemui dalam sebuah kotak tin aluminium milik wira perang dunia pertama dan juga Rejimen Leicestershire, Richard Bullimore.

Anggaran Waktu Membaca:
Coklat dari Perang Dunia Pertama, lebih 103 tahun ditemui

Coklat yang ditemui dijangka berusia lebih 100 tahun. (Gambar: CJM Auctioneers)

Diterbitkan : 04 Jun 2018 11:31PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 11:32PM

BRITAIN: Sembilan keping coklat jenama Cadbury yang dipercayai berusia 103 tahun ditemui dalam sebuah kotak tin aluminium milik wira perang dunia pertama dan juga Rejimen Leicestershire, Richard Bullimore.

Selain coklat, beberapa barangan peribadi lain seperti rokok, surat dan pingatnya turut ditemui, menurut BBC News.

Menariknya hanya satu daripada 10 keping coklat tersebut yang sudah dimakan dan kesemua bakinya itu dijual di lelongan antik pusat lelongan Eddisons CJM yang berpangkalan di Scunthorpe.

Semasa perang dunia pertama, pihak tentera yang berkhidmat di Perancis semasa perayaan Krismas diberikan hadiah yang dibuat di Mandfield, Nottinghamshire.

Kotak tin tersebut dipercayai dihasilkan oleh Barringer Wallis & Manners di Mansfield yang merupakan salah satu pengeluar alatan berasaskan tin.

Salah satu sebab coklat dan rokok tersebut tidak dimakan dan digunakan adalah Bullimore bukanlah seorang penggemar coklat dan tidak merokok, lapor Yorkshire Post.

Bullimore juga pernah menerima pelbagai penghargaan sepanjang berkhidmat dalam tentera.

Beliau meninggalkan tentera pada 1919 dan kembali ke berkhidmat di Leicestershire sebagai polis yang disertainya terlebih dahulu sebelum meletus perang dunia pertama.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan