Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China tutup 4,000 web dan akaun internet

China sudah mengambil tindakan untuk menutup lebih 4,000 laman web dan akaun di talian bagi menyekat maklumat online yang dianggap ‘berbahaya.’

Anggaran Waktu Membaca:
China tutup 4,000 web dan akaun internet

(Gambar hiasan: Kacper Pempel/Reuters)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 04:05PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 04:08PM

SHANGHAI: China sudah mengambil tindakan untuk menutup lebih 4,000 laman web dan akaun di talian bagi menyekat maklumat online yang dianggap ‘berbahaya.’

Demikian menurut agensi berita rasmi Xinhua yang memetik badan pemantau penerbitan haram negara itu.

China berusaha mengawal rapi internet dan sebelum ini sudah mengambil tindakan bagi menghalang kegiatan haram di talian termasuk pornografi, perjudian, penyebaran agama dan juga "penyebaran khabar angin".

Dalam kempen selama tiga bulan bermula pada Mei lalu, pihak berkuasa menangani 120 kesalahan dan mengarahkan 230 firma untuk mengambil langkah menyelesaikannya.

Lebih daripada 147,000 maklumat berbahaya dibuang pada penghujung Ogos lalu, menurut Pejabat Kebangsaan bagi Menentang Pornografi dan Penerbitan Haram.

Agensi Xinhua menyatakan, kempen itu menyasarkan kandungan di talian yang menyebarkan nilai tidak wajar, bahan lucah serta yang melanggar hak cipta.

Minggu lalu, pihak berkuasa mengumumkan bahawa mereka menghancurkan satu platform siaran langsung pornografi tempatan yang menggunakan pangkalan dari Kemboja dengan lebih 3.5 juta pengguna berdaftar.

Sumber : Reuters/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan