Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China tuntut PBB hormati kedaulatannya, berhubung penahanan muslim Xinjiang

China pada Selasa (11 Sep) menuntut agar ketua hak asasi PBB Michelle Bachelet menghormati kedaulatan negara itu, selepas beliau menggesanya membenarkan pihak-pihak pemantau memasuki wilayah Xinjiang dan menyuarakan kebimbangan tentang situasi di sana.

Anggaran Waktu Membaca:
China tuntut PBB hormati kedaulatannya, berhubung penahanan muslim Xinjiang

Polis tentera China keluar dari pesawat untuk menghadiri rapat anti-pengganasan di wilayah Xinjiang. (Gambar: STR / AFP)

Diterbitkan : 11 Sep 2018 05:28PM Dikemas Kini : 11 Sep 2018 05:32PM

BEIJING: China pada Selasa (11 Sep) menuntut agar ketua hak asasi PBB Michelle Bachelet menghormati kedaulatan negara itu, selepas beliau menggesanya membenarkan pihak-pihak pemantau memasuki wilayah Xinjiang dan menyuarakan kebimbangan tentang situasi di sana.

China menyatakan Xinjiang menghadapi ancaman serius oleh militan dan kumpulan pemisah Islam yang mendalangi serangan dan mengakibatkan ketegangan antara kaum minoriti muslim Uighur di wilayah itu dan warga majoriti etnik Han.

Bulan lalu sebuah panel hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan ia menerima beberapa laporan dipercayai yang mendakwa sehingga sejuta kaum etnik Uighur ditahan di pusat-pusat tahanan luar undang-undang di Xinjiang dan menyeru agar mereka dibebaskan.

Di Beijing jurucakap Kementerian Luar Geng Shuang membayangkan bahawa China tidak inginkan campur tangan PBB.

"China menggesa pesuruhjaya tinggi hak asasi PBB dan pejabatnya agar patuh kepada misi dan prinsip piagam PBB dengan teliti, hormati kedaulatan China, laksanakan tanggungjawab secara adil dan objektif serta tidak hanya mendengar informasi berat sebelah," beliau berkata dalam satu taklimat harian media.

Pihak pemerintah sebelum ini menyalahkan pihak-pihak anti-China sebagai dalang di sebalik kritikan dasar-dasar di Xinjiang.

Sepanjang dua tahun lalu, pihak berkuasa meningkatkan secara mendadak kawalan keselamatan dan pemantauan di situ, yang disifatkan oleh pengkritik seperti sama seperti undang-undang kecemasan, dengan pusat-pusat pemeriksaan polis, pusat-pusat latihan semula dan pengumpulan DNA beramai-ramai.

Rayuan Cik Bachelet menyusuli laporan Human Rights Watch yang berpangkalan di New York. Kumpulan itu mendakwa warga minoriti Turkic Uighur menghadapi tahanan rambang, sekatan amalan agama sehari-hari dan "indoktrinasi politik secara paksa" dalam satu langkah keselamatan besar-besaran.

Dalam ucapan pertamanya kepada Majlis Hak Asasi PBB, Cik Bachelet berkata panel tersebut mendedahkan "dakwaan-dakwaan amat merisaukan berhubung penahanan sesuka hati secara besar-besaran ke atas kaum Uighur dan masyarakat Muslim lain di kem-kem 'latihan semula' di merata Xinjiang".

Laporan-laporan diterima berhubung "pencabulan hak asasi manusia di wilayah lain", tambah Cik Bachelet yang merupakan seorang mantan presiden Chile. Beliau menyeru agar Beijing agar memberikan akses kepada kakitangannya di serata China dan mahukan perbincangan dimulakan tidak lama lagi.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan