Images
  • kn
    Menteri Luar China, Wang Yi. (Gambar: GEOFFROY VAN DER HASSELT/AFP)

China seru Joe Biden pulihkan hubungan 2 hala, adakan dialog

CHINA: Menteri Luar China Wang Yi menyeru pentadbiran Presiden Amerika Joe Biden agar membuka semula dialog dan memulihkan hubungan dua hala yang menurut pemimpin China itu, terjejas di bawah pentadbiran mantan Presiden Donald Trump.

Berucap di pembukaan Forum Lanting di Beijing, Encik Wang Yi turut menyalahkan Encik Trump kerana memansuhkan dialog dua hala di semua peringkat, sejak beberapa tahun lalu.

Namun kini menurut Encik Wang, China bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika dalam banyak perkara termasuk isu COVID-19, pemulihan ekonomi dan perubahan iklim.

Beijing juga sedia berdialog bagi manfaat bersama dan berharap Washington akan menarik balik cukai-cukai yang "tidak munasabah" ke atas barangan China.

Namun Encik Wang turut menyeru Amerika agar tidak campur tangan dalam ehwal dalam negeri China.

- Agensi berita/AA/nk

Top