Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China selidik 12,000 botol plasma darah tercemar dengan HIV

China selidik 12,000 botol plasma darah tercemar dengan HIV

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Feb 2019 04:57PM Dikemas Kini : 07 Feb 2019 10:23PM

SHANGHAI: Sebanyak 12,000 botol rawatan plasma darah yang dihasilkan syarikat farmaseutikal milik negara China didapati tercemar dengan HIV.

Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) pada Rabu (6 Feb) menyatakan pihaknya sudah mengarahkan institusi-institusi perubatan untuk menghentikan penggunaan kelompok immunoglobulin intravena yang dihasilkan Shanghai Xinxing Pharmaceutical selepas ia mendapat laporan bahawa kelompok tersebut diuji positif HIV.

Imunoglobulin adalah sejenis antibodi yang dihasilkan plasma darah. Sistem pertahanan tubuh menggunakan imunoglobulin untuk melawan patogen dan boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.

Menurut The Beijing News, kelompok yang tercemar terdiri daripada 12,229 botol 50 mililiter plasma, yang tarikh luputnya adalah 8 Jun 2021.

Sejauh ini tiada pesakit yang dilaporkan dijangkiti HIV, menurut seorang wakil Pusat Kawalan Penyakit Wilayah Jiangxi.

Menukil pakar-pakar, NHC menyatakan risiko jangkitan HIV adalah rendah bagi pesakit yang menerima rawatan dari plasma tercemar itu. Namun, program pemantauan susulan sudah diperuntukkan.

Shanghai Xinxing Pharmaceutical diarah menghentikan penghasilan produk itu dan menariknya semula.

Satu pasukan dari NHC juga dikerah ke Shanghai untuk menyelia dan membimbing kerja-kerja berkaitan.

Sektor penjagaan kesihatan China beberapa bulan ini terjejas dengan beberapa skandal.

Pada Sabtu, pihak berkuasa mengumumkan 80 pegawai dikenakan tindakan disiplin berhubung skandal vaksin tahun lalu yang mengakibatkan kesangsian terhadap ubat yang dihasilkan secara tempatan.

Changchun Changsheng Biotechnology - sebuah pengeluar utama China bagi vaksin rabies - didenda AS$1.3 bilion pada Oktober kerana didapati memalsukan rekod.

Bulan lalu, The Global Times melaporkan bahawa pihak polis di Jiangsu memulakan siasatan selepas 145 kanak-kanak menerima vaksin polio yang sudah lepas tarikh luput.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan