Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China selar penahanan kakitangan eksekutif Huawei di Kanada

China menyelar penahanan Ketua Pegawai Kewangan syarikat teknologi terkemuka negara itu, Huawei selama hampir dua tahun di Kanada.

Anggaran Waktu Membaca:
China selar penahanan kakitangan eksekutif Huawei di Kanada

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 26 Sep 2021 03:26PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 03:29PM

BEIJING: China menyelar penahanan Ketua Pegawai Kewangan syarikat teknologi terkemuka negara itu, Huawei selama hampir dua tahun di Kanada.

Kementerian Luar China menyifatkan penahanan Meng Wanzhou sebagai satu penganiayaan politik yang bertujuan mengekang syarikat-syarikat teknologi China.

Cik Meng dibenarkan pulang ke China semalam (25 Sep) setelah mencapai perjanjian penyelesaian dengan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Ketibaaan beliau di bandar Shenzen diberi sambutan hangat.

Anak kepada pengasas syarikat Huawei itu ditangkap di bandar Vancouver, Kanada pada Disember 2018 atas permintaan Washington.

Pendakwa raya Amerika menuduh Meng menipu bank HSBC bagi menutupi pelanggaran sekatan yang dikuatkuasakan Amerika terhadap Iran.

Cik Meng tidak mengaku salah dan peguamnya berkata tiada lagi pendakwaan akan dilakukan terhadapnya di Amerika.

Berikutan pembebasan Meng, Beijing pula membebaskan dua lelaki Kanada yang ditahannya sejak Disember 2018 atas tuduhan melakukan perisikan di China.  

Sumber : Agensi berita/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan