Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China sekat eksport barangan yang boleh dijadikan senjata pemusnah ke Korea Utara

Menjelang sidang puncak Amerika-Korea Utara, China mengharamkan eksport 32 jenis barangan ke Korea Utara yang boleh digunakan untuk membuat senjata pemusnah besar-besaran.

Anggaran Waktu Membaca:
China sekat eksport barangan yang boleh dijadikan senjata pemusnah ke Korea Utara
Diterbitkan : 09 Apr 2018 08:06PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 08:08PM

BEIJING: Menjelang sidang puncak Amerika-Korea Utara, China mengharamkan eksport 32 jenis barangan ke Korea Utara yang boleh digunakan untuk membuat senjata pemusnah besar-besaran.

Senarai barangan 'kegunaan berganda' itu termasuk alat pemantau radiasi serta bahan boleh digunakan untuk membuat senjata nuklear. Ia sejajar dengan ketetapan Majlis Keselamatan PBB untuk mengekang program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Namun senarai pengharaman eksport China ke Korea Utara itu juga menjejas barangan yang boleh digunakan bagi membuat senjata biasa. China merupakan sekutu dan rakan dagangan utama Korea Utara.

Namun Beijing menyokong pelbagai sekatan PBB terhadap Korea Utara untuk memberi tekanan kepada Pyongyang supaya menghentikan program nuklearnya.

Sumber : AFP/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan