Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China sahkah 139 kes baru; radang paru-paru tular di Beijing dan Guangdong

China pada Isnin (20 Jan) melaporkan 139 kes baru radang paru-paru pada hujung minggu lalu. Ini disebabkan oleh penularan virus korona yang para pakar perubatan masih lagi gagal memahaminya.

Anggaran Waktu Membaca:
China sahkah 139 kes baru; radang paru-paru tular di Beijing dan Guangdong

(Gambar: Noel Celis/AFP)

Diterbitkan : 20 Jan 2020 09:25AM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 11:42AM

BEIJING: China pada Isnin (20 Jan) melaporkan 139 kes baru radang paru-paru pada hujung minggu lalu. Ini disebabkan oleh penularan virus korona yang para pakar perubatan masih lagi gagal memahaminya.

Para pegawai juga melaporkan bahawa virus itu sudah dikesan di ibu kota Beijing dan Guangdong, sekali gus menandakan bahawa insiden pertama virus itu sudah merebak menjangkaui Wuhan, bandar di mana kes pertama virus berkenaan dikesan.

Suruhanjaya Kesihatan Daxing di Beijing mengesahkan dua kes baru, manakala suruhanjaya kesihatan di wilayah Guangdong pula mengesahkan satu kes.

Suruhanjaya Kesihatan Bandar Wuhan menyatakan dalam satu kenyataan bahawa 136 kes virus korona dikesan di bandar itu pada Sabtu dan Ahad.

Kematian tiga akibat jangkitan virus itu dilaporkan pada Isnin.

Dalam pada itu, tiga kes sudah disahkan di luar negara - dua di Thailand dan satu di Jepun - melibatkan mereka yang melawat Wuhan baru-baru ini.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan