Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China rasmikan jambatan terpanjang di dunia

Jambatan terpanjang di dunia yang merentasi laut dirasmikan oleh Presiden China, Xi Jinping hari ini (23 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Oct 2018 05:50PM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 10:22PM

ZHUHAI: Jambatan terpanjang di dunia yang merentasi laut dirasmikan oleh Presiden China, Xi Jinping hari ini (23 Okt).

Ia menghubungkan Hong Kong, Macau dan tanah besar China.

Pembinaan jambatan sepanjang 55 kilometer itu adalah sebahagian daripada rancangan Beijing untuk mengintegrasikan Hong Kong dan Macau dengan 9 buah bandar di China bagi mewujudkan sebuah hub logistik serantau bagi menyaingi Silicon Valley, di Amerika Syarikat.

Itu merupakan projek prasarana utama kedua terbesar yang menghubungkan Hong Kong dengan tanah besar China, selepas pembukaan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi hujung bulan lalu.

Sebahagian daripada jambatan ini terletak di bawah laut agar tidak mengganggu pelayaran kapal-kapal.

Jambatan tersebut dapat bertahan daripada gegaran gempa bumi sekuat 8 skala Richter dan taufan sekencang lebih 300 kilometer sejam.

Bagaimanapun bilangan kenderaan privet dan teksi yang boleh menggunakan jambatan itu dihadkan.

Orang ramai yang mahu menggunakan jambatan tersebut perlu menaiki bas ulang alik berlesen yang beroperasi sepanjang masa.

Sumber : CNA/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan