Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China perketat sekatan COVID-19 susuli penularan baru

Beberapa kawasan di China mengetatkan sekatan pergerakan menyusuli penularan baru COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
China perketat sekatan COVID-19 susuli penularan baru

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Oct 2021 10:49AM Dikemas Kini : 23 Oct 2021 10:50AM

BEIJING: Beberapa kawasan di China mengetatkan sekatan pergerakan menyusuli penularan baru COVID-19.

Ibu negeri Beijing menutup beberapa kawasan wilayahnya dan wilayah-wilayah di bahagian barat laut melaksanakan pelbagai sekatan pengangkutan dan menutup tempat-tempat awam.

China, di mana koronavirus pertama kali dikenal pasti pada lewat 2019, melaporkan 28 jangkitan tempatan pada Khamis (21 Okt), lebih dua kali ganda daripada 13 kes yang dilaporkan sehari lebih awal, menurut data penguasa kesihatan pada Jumaat (23 Okt).

Jumlah itu mungkin kecil berbanding negara-negara lain, namun bandar-bandar di China bertindak pantas untuk mengawal sebarang penularan di bawah garis panduan sifar toleransi di negara itu.

Daerah Changping di Beijing melarang orang ramai di kawasan tertentu yang berisiko tinggi daripada keluar rumah, menggantung kelas-kelas di sekolah yang terletak berhampiran kawasan itu dan mengarahkan perniagaan-perniagaan berhampiran supaya menggantung operasi masing-masing, menurut seorang pegawai di satu sidang media.

Enam kes tempatan, dengan sebahagiannya merupakan varian Delta yang mudah berjangkit, dikesan pada minggu ini di Beijing, yang mengikrarkan tahap berjaga-jaga yang tinggi menjelang temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 pada Februari depan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan