Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China nafikan bahawa Steven Mnuchin akan lawat Beijing

China hari ini (16 Mei) menyatakan bahawa "ia tidak mempunyai maklumat mengenai rancangan Amerika Syarikat" untuk datang ke Beijing bagi meneruskan rundingan.

Anggaran Waktu Membaca:
China nafikan bahawa Steven Mnuchin akan lawat Beijing

Bendera kedua-dua negara China dan Amerika Syarikat. (Gambar fail: Reuters/Hyungwon Kang)

Diterbitkan : 16 May 2019 08:16PM Dikemas Kini : 16 May 2019 08:18PM

BEIJING: China hari ini (16 Mei) menyatakan bahawa "ia tidak mempunyai maklumat mengenai rancangan Amerika Syarikat" untuk datang ke Beijing bagi meneruskan rundingan.

Komen itu dikeluarkan sedang ketegangan dagangan antara kedua-dua negara gergasi ekonomi itu terus memuncak.

Pada Rabu di Washington, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin memberitahu jawatankuasa pendanaan Federal bahawa beliau kemungkinan berkunjung ke Beijing dalam masa terdekat untuk meneruskan rundingan dagangan. Ini dilaporkan oleh beberapa media Amerika.

China dan Amerika Syarikat minggu lalu mengakhiri rundingan-rundingan dagangan tanpa mencapai sebarang hasil. Presiden Donald Trump juga mengambil langkah menaikkan tarif ke atas import China bernilai AS$200 bilion (S$273 bilion).

Pentadbiran Trump dalam pada itu turut meneruskan rancangan-rancangannya untuk menghukum China ke atas baki import dari China. Malah pada Rabu ia juga mengumumkan sekatan-sekatan baru terhadap syarikat teknologi China, Huawei.

"Kedua-dua pihak mengadakan rundingan yang terus terang dan terbuka serta produktif (minggu lalu). Tetapi dalam satu langkah yang dikesali, pihak Amerika secara sepihak terus meningkatkan pergeseran perdagangan yang menyebabkan kesan serius kepada rundingan ekonomi dan dagangan China-Amerika," ulas jurucakap Kementerian Perniagaan, Gao Feng. 

Sumber : AFP/DY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan