Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China mungkin hasilkan 3 bilion dos vaksin COVID-19 jelang hujung tahun

China berkemungkinan akan menghasilkan 3 bilion dos vaksin COVID-19 pada akhir tahun ini, kata seorang pegawai Suruhanjaya Kesihatan Nasional pada Sabtu (10 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
China mungkin hasilkan 3 bilion dos vaksin COVID-19 jelang hujung tahun

Gambar fail vaksin COVID-19 yang sedang dihasilkan di Institut Beijing bagi Produk Biological pada 26 Feb 2021. (Gambar: REUTERS/Tingshu Wang)

Diterbitkan : 10 Apr 2021 10:34PM Dikemas Kini : 10 Apr 2021 10:41PM

CHENGDU: China berkemungkinan akan menghasilkan 3 bilion dos vaksin COVID-19 pada akhir tahun ini, kata seorang pegawai Suruhanjaya Kesihatan Nasional pada Sabtu (10 Apr).

Zheng Zhongwei, yang juga mengetuai sebuah pasukan penyelaras projek pengembangan vaksin COVID-19 negara itu, berkata demikian semasa satu acara industri di bandar Chengdu di wilayah Sichuan, barat daya China.

"Pada separuh kedua tahun ini, kami mampu memenuhi sepenuhnya permintaan tempatan," kata Encik Zheng.

Meskipun pengilang dengan pantas mengembangkan kapasiti pengeluaran, tidak jelas jika hasil pengeluaran akan meningkat seiringan.

Pengeluaran meningkat tiga kali ganda dari 1 Februari hingga akhir Mac kepada 5 juta dos sehari, menurut pemerintah dalam kemas kini terbarunya.

Pengilang vaksin terkemuka Sinovac Biotech menyatakan bulan ini pihaknya sudah menggandakan kapasiti pengeluaran tahunannya kepada 2 bilion dos setelah menyelesaikan kemudahan pengeluaran ketiganya.

Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) juga mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan keseluruhan sekurang-kurangnya 1.1 bilion untuk dua vaksin yang berasingan. Syarikat itu menyatakan pihaknya bertujuan untuk meningkatkan kapasiti kepada 3 bilion tetapi belum menetapkan garis masa tertentu.

Sinopharm menyatakan pada Jumaat bahawa pihaknya akan dapat membekalkan 100 juta vaksin COVID-19 sebulan, bermula pada April.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan