Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China mula uji vaksin COVID-19 lewat April

China mungkin memulakan ujian klinikal bagi satu vaksin yang berpotensi melawan virus korona COVID-19 pada sekitar lewat April, kata seorang pegawai pada Jumaat (21 Feb).  

Anggaran Waktu Membaca:
China mula uji vaksin COVID-19 lewat April

(Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 21 Feb 2020 06:05PM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 06:07PM

BEIJING: China mungkin memulakan ujian klinikal bagi satu vaksin yang berpotensi melawan virus korona COVID-19 pada sekitar lewat April, kata seorang pegawai pada Jumaat (21 Feb).

Para penyelidik awam dan privet merata dunia bertungkus lumus menghasilkan rawatan serta vaksin untuk menentang virus COVID-19 yang pertama kali dikesan di tengah China pada Disember lalu.

Lebih 2,000 orang mati manakala lebih 75,000 dijangkiti virus itu di China. Lagi 11 pesakit luar negara meninggal dunia dengan sekitar 1,100 jangkitan disahkan di kira-kira 25 negara.

"Beberapa pasukan penyelidik sedang cuba teknik berbeza untuk menghasilkan vaksin yang berpotensi dan vaksin paling awal dijangka diserahkan bagi ujian klinikal adalah sekitar lewat April," kata Naib Menteri Sains dan Teknologi Xu Nanping semasa satu taklimat media.

Penghasilan dan kajian vaksin China kini "sejajar dengan negara-negara lain", tambah beliau.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa menyatakan ia mungkin mengambil masa setahun atau lebih lama untuk vaksin itu menembusi pasaran.

"Vaksin itu mungkin penawar jangka panjang kerana ia mengambil masa sehingga 12 hingga 18 bulan dan ia ibarat persiapan bagi keadaan paling buruk," ujar Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

China kini menggunakan lima pendekatan berbeza untuk menghasilkan vaksin bagi membendung penularan COVID-19, kata Zeng Yixin, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Nasional China.

Ini termasuk, menurut Zheng, menggunakan virus korona yang tidak diaktifkan untuk menghasilkan vaksin, menggunakan kejuruteraan genetik untuk menghasilkan protein yang boleh bertindak sebagai antigen bagi virus korona baru itu atau mengubah suai vaksin sedia ada bagi influenza.

"Sekarang ini, sesetengah projek sudahpun memasuki peringkat ujian ke atas haiwan," kata beliau.   

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan