Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China memperingati mangsa COVID-19

China berkabung hari ini (4 Apr) bagi memperingati lebih 3,000pesakit dan kakitangan perubatan  yang  terkorban akibat virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
China memperingati mangsa COVID-19

(Gambar: Carlos Garcia Rawlins/REUTERS)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 05:06PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 05:09PM

WUHAN: China berkabung hari ini (4 Apr) bagi memperingati lebih 3,000pesakit dan kakitangan perubatan yang terkorban akibat virus korona COVID-19.

Semua penduduk di seluruh negara itu menghentikan kegiatan mereka dan bertafakur selama tiga minit tepat jam 10 pagi waktu tempatan.

Di bandar ini, yang mana COVID-19 mula dikesan akhir tahun lalu, kenderaan di darat, laut dan semboyan kecemasan dibunyikan bagi memperingati mereka yang meninggal dunia.

Kakitangan Hospital Tongji berdiri di luar bangunan dengan ada yang masih memakai sut perlindungan hazmat yang menjadi lambang memerangi krisis itu di seluruh dunia.

"Saya amat sedih memikirkan rakan dan pesakit yang meninggal dunia," kata Xu, seorang jururawat di Hospital Tongji yang bekerja di barisan hadapan merawat pesakit virus korona, sebak menahan air mata.

Stesen negara menyiarkan Presiden Xi Jinping dan pegawai kanan pemerintah lain berdiri di laman bangunan pemerintah Beijing dengan memakai bunga putih.

Di Dataran Tiananmen, bendera negara dikibarkan separuh tiang.

Orang ramai pula menghentikan kegiatan mereka dan menundukkan kepala sebagai tanda penghormatan.

Menurut para pegawai upacara itu, merupakan peluang mengenang jasa 14 kakitangan perubatan di barisan hadapan yang terkorban.

Mereka termasuk Li Wenliang, doktor yang menjadi antara orang paling awal memberi amaran berhubung COVID-19.

Kematian Dr Li pada Februari mencetuskan kemarahan rakyat berhubung cara pemerintah menangani penularan virus tersebut.

Di sebalik langkah-langkah tegas untuk melaksakan kepungan di wilayah Hubei pada lewat Januari, wabak itu menular menjadi pandemik global yang menjangkiti lebih satu juta orang.

Sehingga kini, hampir 60,000 pesakit meninggal dunia akibat virus tersebut.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan