Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China manfaatkan app telefon bijak dalam memerangi COVID-19

Jika sebelum ini pelitup dan sabun tangan antara alat utama dalam usaha membendung virus korona COVID-19, kini satu lagi alat akan mainkan peranan penting di China - telefon bimbit.

Anggaran Waktu Membaca:
China manfaatkan app telefon bijak dalam memerangi COVID-19

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 10:25PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 10:35PM

BEIJING: Jika sebelum ini pelitup dan sabun tangan antara alat utama dalam usaha membendung virus korona COVID-19, kini satu lagi alat akan mainkan peranan penting di China - telefon bimbit.

Orang ramai di China memuat turun satu aplikasi dalam usaha mereka mencegah virus korona itu.

Diberi nama 'Close Contact Detector', aplikasi itu dilancarkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional China untuk membantu warga negara mengenal pasti sama ada mereka berisiko dijangkiti virus tersebut.

Pengguna perlu memasukkan nama, nombor telefon dan nombor pengenalan mereka.

Profil mereka akan diperiksa melalui pangkalan data pemerintah.

Aplikasi ini kemudian mengenal pasti jika pengguna pernah berada dalam jarak dekat atau berselisih jalan dengan seseorang yang sudah dijangkiti virus COVID-19.

Mereka yang pernah berhubungan rapat dengan kes dinasihati oleh aplikasi ini supaya duduk di rumah dan berhubungan dengan para pegawai kesihatan tempatan.

Berhubungan rapat dengan kes merujuk kepada seseorang yang berada berdekatan, tanpa sebarang perlindungan berkesan, dengan kes-kes COVID-19 yang disahkan, disyaki atau ringan. 

Sumber : Agensi berita/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan