Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China laporkan 121 lagi kematian akibat virus COVID-19; lebih 5,000 kes baru

Angka kematian dari wabak virus korona COVID-19 meningkat sebanyak 121 di tanah besar China, menurut suruhanjaya kesihatan nasional pada Jumaat (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
China laporkan 121 lagi kematian akibat virus COVID-19; lebih 5,000 kes baru
Diterbitkan : 14 Feb 2020 02:55PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 02:58PM

BEIJING: Angka kematian dari wabak virus korona COVID-19 meningkat sebanyak 121 di tanah besar China, menurut suruhanjaya kesihatan nasional pada Jumaat (14 Feb).

Kebanyakan kematian berlaku di wilayah Hubei di tengah China dan ibu kotanya Wuhan, tempat virus seakan selesema itu dipercayai mula menular lewat tahun lalu.

Suruhanjaya kesihatan Hubei menyatakan terdapat 116 lagi kematian di wilayah itu, termasuk 88 di Wuhan.

Lagi 5,090 kes dikesan termasuk 4,823 di Hubei. Lebih 80 peratus kes baru di wilayah tersebut berada di Wuhan.

Bagaimanapun, angka kematian terkumpul diturunkan dari 1,488 ke 1,380 selepas para pegawai mengatakan bahawa beberapa kematian dikira lebih daripada sekali.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional menyingkirkan 108 kematian setelah mendapati "duplikasi statistik" di Hubei, menurut kemas kini hariannya, tanpa memberikan butiran lanjut.

Suruhanjaya itu juga menolak 1,043 daripada keseluruhan jumlah yang disahkan dijangkiti COVID-19 di Hubei setelah satu "pengesahan" dibuat. Jumlah kes kini adalah 63,851.

Tahap wabak itu semakin memburuk pada Khamis (13 Feb) selepas pihak berkuasa di Hubei mula mengira pesakit yang didiagnos melalui pengimejan paru-paru, selain mereka yang menjalani ujian makmal.

Semakan semula itu menambah hampir 15,000 pesakit ke dalam pengiraan Hubei untuk satu hari tunggal dengan para pegawai menjelaskan bahawa kes-kes masa lalu disertakan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertindak untuk meredakan kebimbangan dengan menyatakan bahawa angka baru itu "tidak melambangkan perubahan ketara dalam trajektori wabak".

Namun Adam Kamradt-Scott, seorang pakar penyakit berjangkit di Pusat bagi Kajian Keselamatan Antarabangsa di Universiti Sydney, berkata perangkaan baru itu tidak memberi petunjuk bahawa wabak tersebut sedang menghampira kemuncaknya.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan