Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China lapor 47 kes baru COVID-19, tertinggi dalam lebih 2 bulan

Tanah Besar China melaporkan 47 kes baru COVID-19 pada 28 Oktober, meningkat daripada 42 sehari sebelumnya dan menandakan peningkatan harian tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan, kata pihak berkuasa kesihatan nasional pada Khamis (29 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
China lapor 47 kes baru COVID-19, tertinggi dalam lebih 2 bulan

Seorang kanak-kanak mengambil ujian swab COVID-19 di Qingdao, China, pada 14 Okt 2020. (Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 29 Oct 2020 12:05PM Dikemas Kini : 29 Oct 2020 12:07PM

SHANGHAI: Tanah Besar China melaporkan 47 kes baru COVID-19 pada 28 Oktober, meningkat daripada 42 sehari sebelumnya dan menandakan peningkatan harian tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan, kata pihak berkuasa kesihatan nasional pada Khamis (29 Okt).

Dalam kalangan kes-kes baru, 23 adalah jangkitan tempatan di Xinjiang melibatkan pesakit yang sebelum ini tidak menunjukkan gejala berikutan penularan besar yang dilaporkan di Kashgar. Selebihnya adalah jangkitan import yang berasal dari luar negara.

Peningkatan jangkitan COVID-19 yang disahkan adalah yang tertinggi sejak 49 kes dilaporkan pada 9 Ogos. Namun ia tetap kecil berbanding jumlah yang disaksikan negara itu pada kemuncak wabak pada Februari. Jumlah kes baru tanpa gejala berkurangan kepada 16 berbanding 38 sehari sebelumnya.

Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di tanah besar China kini berjumlah 85,915, sementara jumlah kematian kekal pada 4,634.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan