Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China lapor 4 lagi jangkitan virus Wuhan

Pihak berkuasa kesihatan China hari ini (18 Jan) menyatakan terdapat empat lagi kes baru pneumonia

Anggaran Waktu Membaca:
China lapor 4 lagi jangkitan virus Wuhan

Para pegawai keselamatan memantau pasar makanan laut di Wuhan. (Gambar fail: AFP/Noel Celis)

Diterbitkan : 18 Jan 2020 12:27PM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 11:42AM

BEIJING: Pihak berkuasa kesihatan China hari ini (18 Jan) menyatakan terdapat empat lagi kes baru pneumonia menyusuli apa yang dipercayai adalah penularan sejenis virus di bandar Wuhan yang terletak di bahagian tengah China.

Suruhanjaya Kesihatan Bandar Wuhan mendedahkan dalam satu kenyataan selepas malam semalam bahawa empat individu yang didiagnosis dijangkiti pneumonia pada Khamis lalu kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu itu turut mengesahkan buat pertama kali kes-kes baru yang dilaporkan pihak berkuasa dalam masa hampir seminggu dan sehari selepas suruhanjaya itu mengesahkan kematian mangsa kedua.

Sejauh ini hampir 50 orang dilaporkan dijangkiti virus itu.

Mereka yang dijangkiti adalah individu-individu yang melakukan perjalanan atau menetap di Wuhan.

Sungguhpun demikian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai penularan yang lebih meluas.

Ramai rakyat China dengan bilangan penduduk sekitar 1.4 bilion dijangka akan ke luar negara sempena Tahun Baru Cina pada minggu depan, dan ini menimbulkan kebimbangan virus itu akan menular di negara-negara lain.

Terkini, Thailand sudah melaporkan dua kes jangkitan virus tersebut daripada pelancong China dari Wuhan.

Di Singapura pula, lagi dua orang dimasukkan ke hospital dan diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga kerana mengalami radang paru-paru selepas mempunyai sejarah perjalanan ke bandar Wuhan di China.

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan