Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China lapor 30 kes baru COVID-19; lagi 3 kematian disahkan

China melaporkan 30 kes baru jangkitan virus korona COVID-19 pada Sabtu (4 Apr), dengan 25 daripadanya adalah kes import.

Anggaran Waktu Membaca:
China lapor 30 kes baru COVID-19; lagi 3 kematian disahkan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 01:32PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 01:36PM

BEIJING: China melaporkan 30 kes baru jangkitan virus korona COVID-19 pada Sabtu (4 Apr), dengan 25 daripadanya adalah kes import.

Bagaimanapun, tiada sebarang kes baru dilaporkan di wilayah Hubei iaitu pusat penularan COVID-19 di China.

Lagi tiga kematian turut disahkan, dengan kesemuanya dilaporkan di Hubei.

Sebanyak 47 kes yang berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala COVID-19 turut dikesan.

Tiga daripada mereka diuji positif bagi virus tersebut.

Sehingga setakat ini, tanah besar China sudah melaporkan sejumlah 81,669 kes jangkitan COVID-19 manakala angka korban akibat jangkitan virus itu kini meningkat kepada 3,329 orang.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan