Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China lapor 2 penularan wabak demam babi Afrika

China semalam (24 Feb) mengesahkan dua kes baru penularan demam babi Afrika - satu di wilayah Hebei di bahagian utara China dan satu lagi di bahagian utara Inner Mongolia. Ini sedang wabak itu menular di ladang penternakan babi terbesar di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
China lapor 2 penularan wabak demam babi Afrika

Lebih 100 kes jangkitan demam babi Afrika dilaporkan di 27 daerah dan wilayah China sejak Ogos lalu. (Gambar fail: Stringer/Reuters)

Diterbitkan : 25 Feb 2019 09:18AM Dikemas Kini : 25 Feb 2019 09:23AM

BEIJING: China semalam (24 Feb) mengesahkan dua kes baru penularan demam babi Afrika - satu di wilayah Hebei di bahagian utara China dan satu lagi di bahagian utara Inner Mongolia. Ini sedang wabak itu menular di ladang penternakan babi terbesar di dunia.

Kementerian Pertanian dan Ehwal Luar Bandar China menyatakan kes penularan pertama berlaku di sebuah ladang di daderah Xushui di bandar Baoding, melibatkan 5,600 ekor babi. Sebilangan haiwan itu mati akibat demam babi. Kementerian itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar akibat jangkitan tersebut.

Ladang itu sudahpun dikuarantin dan haiwan dihapuskan, tambahnya.

Kes penularan kedua pula dilaporkan berlaku di sebuah ladang di kawasan terpencil di Pergunungan Greater Khingan di Inner Mongolia, di mana 210 daripada 222 ekor babi mati akibat jangkitan tersebut, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan berasingan. Bakinya sudahpun dihapuskan, menurutnya lagi.

China melaporkan lebih 100 kes berhubung jangkitan tersebut di 27 daerah dan wilayah sejak Ogos lalu. Jangkitan itu mengancam haiwan berkenaan, namun ia tidak mengancam manusia.

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan