Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China lapor 17 kes baru penularan virus Wuhan

China melaporkan 17 kes baru jangkitan virus seperti SARS pada Ahad (19 Jan). Ini meningkatkan lagi kerisauan menjelang musim cuti Tahun Baru Cina di mana jutaan orang ramai dijangka lakukan perjalanan merata negara.

Anggaran Waktu Membaca:
China lapor 17 kes baru penularan virus Wuhan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2020 04:16PM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 11:42AM

BEIJING: China melaporkan 17 kes baru jangkitan virus seperti SARS pada Ahad (19 Jan). Ini meningkatkan lagi kerisauan menjelang musim cuti Tahun Baru Cina di mana jutaan orang ramai dijangka lakukan perjalanan merata negara.

Dalam kalangan kes-kes di bandar tengah Wuhan, yang dipercayai pusat mula penularan, tiga disifatkan sebagai "sangat berat". Dalam kalangan tiga kes itu, dua pesakit terlalu kritikal untuk digerakkan, menurut pihak berkuasa.

Mereka yang dijangkiti berusia antara 30 hingga 79 tahun.

Virus itu, iaitu sejenis virus korona baru yang boleh menjangkiti manusia, menimbulkan kebimbangan kerana kaitannya dengan SARS (Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk) yang pada 2002 hingga 2003 membunuh hampir 650 orang di tanah besar China dan Hong Kong.

17 pesakit baru mula menunjukkan tanda-tanda seperti demam atau batuk sebelum 13 Januari, menurut kenyataan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa mendedahkan bahawa setakat ini 62 orang dijangkiti virus itu di bandar Wuhan, dengan lapan daripada mereka dalam keadaan tenat. 19 orang sudah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital, manakala yang lain masih diasingkan dan menerima rawatan.

Sejauh ini dua penghidap sudah meninggal dunia akibat virus itu, termasuk seorang lelaki 69 tahun yang meninggal pada Rabu. Penyakit itu menyebabkan pulmonary tuberculosis (tuberkulosis paru-paru) dan kerosakan pada beberapa fungsi organ badan.

Pihak berkuasa menyatakan pihaknya sudah "mengoptimumkan" ujian kes pneumonia merata bandar untuk mengenal pasti mereka yang dijangkiti virus itu dan akan memulakan "kerja-kerja pengesanan... terhadap kes-kes disyaki di bandar" sebagai langkah seterusnya.

Sebuah kertas kajian yang diterbitkan pada Jumaat oleh para saintis di Pusat MRC bagi Analisis Global Penyakit Berjangkit di Imperial College di London memberi amaran jumlah sebenar kes di bandar mungkin sekitar 1,700 berbanding yang diumumkan secara rasmi.

Tiga kes dilaporkan di luar negara - dua di Thailand dan satu di Jepun.

Sumber : AFP/Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan